Wednesday, 10 September 2014

Cabaran Bahasa Dalam Komunikasi Silang Budaya

Dalam satu kursus, seorang penceramah telah mengatakan, "Now, everyone of you have to pull up your sock." Apa yang beliau maksudkan adalah meminta pendengarnya bersedia, namun perkara yang berlaku amat melucukan. ungkapan beliau telah ditafsirkan secara bulat-bulat oleh beberapa orang peserta dalam kursus tersebut lantaran mereka menarik stokin masing-masing. Tentu saja penceramah tersebut terkejut dengan kejadian itu. Kesulitan yang berkaitan dengan faktor bahasa telah banyak ditegaskan oleh mereka yang mengkaji permasalahan dalam komunikasi silang budaya. Kes yang telah dinyatakan di atas cuma salah satu daripada banyak kes yang berlaku.

Para pembaca sekalian mungkin masih ingat tentang kes pembantu rumah Indonesia yang dihadapkan di Mahkamah Saudi atas kesalahan membunuh majikannya seorang yang berbangsa Arab. Kemungkinan besar sahaja peristiwa pembunuhan ini berkait rapat dengan masalah komunikasi silang budaya dan pertembungan budaya. Cara komunikasi majikannya yang agresif dan kasar serta sikap yang ditunjukkan oleh terhadap wanita dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pembantu rumah mungkin telah mencetuskan kemarahan yang amat sehinggakan pembantu rumah tersebut mengambil tindakan drastik dan tidak wajar. Apakah dari perspektif pembantu rumah itu beliau melakukan sedemikian kerana ingin menjaga maruah dan kehormatan diri?. Perbezaan bahasa dan pertentangan cara komunikasi dan nilai budaya boleh juga menjadi punca utama kepada kejadian tersebut.

Keratan Akhbar daripada MyMetro
Perlakuan majikannya ditafsirkan sebagai menindas dan mencabul kehormatan, namun bagi orang Arab tersebut perlakuannya adalah untuk menunjukkan bahawa dialah 'boss' dan itulah gaya komunikasi mereka. Seringkali masalah dalam komunikasi silang budaya asalnya merupakan perkara kecil namun boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini.

 Satu lagi contoh boleh dilihat dalam situasi seorang pelajar Melayu yang memberikan hadiah kepada rakan sekelasnya yang sama-sama menuntut di salah sebuah sekolah di USA. Pelajar Melayu (pemberi) tersebut berasa malu dan tersinggung apabila rakannya ( penerima ) membuka hadiah tersebut saat itu juga di hadapannya. Bagi rakannya yang merupakan warga Amerika, tindakannya adalah sebagai menunjukkan bahawa beliau menghormati pemberian daripada pelajar Melayu tersebut. Keadaan yang sama juga akan berlaku sekiranya pelajar Amerika tersebut menghadiahkan sesuatu kepada pelajar Melayu suatu barang dan pelajar Melayu menerima hadiah itu dengan hanya mengucapkan terima kasih (hadiah itu disimpan dengan niat akan dibuka dirumah nanti). Pelajar Amerika akan menganggap tindakan tersebut sebagai satu respon dingin dan membuat kesimpulan bahawa pelajar Melayu itu tidak menyukai pemberiannya. Anggapan sedemikian tentunya boleh merenggangkan hubungan persahabatanyang terjalin antara pelajar Melayu dan pelajar Amerika.

Tentunya permasalahan ini perlu diatasi dan ada strategi-strategi yang boleh diikuti untuk menenangkan situasi yang mungkin sahaja bakal timbul sekiranya tidak diselesaikan secepat mungkin. Teruskan membaca pada entri seterusnya!! Salam hormat :)

Mini Rage Face Blush Smiley