Wednesday, 3 September 2014

Cara Percakapan : Isu Rojak!


Pada zaman kini, banyak bahasa barat telah campur kepada bahasa kita. Contohnya, "Jom pergi dinner”. Hal ini telah membuktikan betapa besarnya pengaruh barat terhadap kita. Bahasa Melayu kita yang kita sering gunakan sekarang sudah "bercampur" dengan bahasa dari barat menjadi satu cara percakapan yang baru.







Sebenarnya, konteks ini bukan merupakan sesuatu yang buruk kerana bahasa barat lebih biasa digunakan. Namun, cara percakapan atau interaksi yang kasar turut bercampur aduk ke dalam bahasa Melayu kita. Terutamanya golongan remaja yang menganggap bahasa barat yang kasar itu sesuatu yang dapat membesarkan maruah diri sendiri dan mereka tidak tahu bahawa itu akan menjatuhkan maruah diri mereka sendiri.


Kesimpulannya, kita perlulah menjaga imej bangsa kita melalui cara percakapan, pergaulan dan interaksi kita. Selain itu, hal ini juga penting untuk meneruskan konsep budaya tradisional  dan menjadikan bahasa Melayu terus digunakan oleh bangsa kita pada masa akan datang.




0 comments :

Post a Comment

Mini Rage Face Blush Smiley