Tuan Rumah





  • Nama : Nursafiqah bt Baharun + Nursahira bt Baddu
  • Kumpulan : PPISMP SJH Ambilan Jun 2014
  • Pusat : Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Sirih berlipat sirih pinang 
Sirih dari Pulau Mutiara 
Pemanis kata selamat datang 
Awal bismillah pembuka bicara

Bersempena dengan kursus Generik Santun Bahasa (GSB 1012) dibawah bimbingan Puan Norhayati , kami telah mendapat tugasan membuat blog berkaitan isu Bahasa dan Pertembungan Budaya . Bertitik tolak daripada itulah terhasillah blog Santun Bahasa Budaya Malaysia . 
Selain itu , blog Santun Bahasa Budaya Malaysia juga dibina bertujuan untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kami , bakal guru pelatih serta untuk memperbaiki kemahiran dalam bidang bahasa penulis blog dan para pembaca sekalian . Amat besarlah harapan kami agar blog ini memberi manfaat yang besar kepada sesiapa sahaja yang memerlukan . Sebagai tambahan , sokongan dan juga komen membina daripada para pembaca amatlah kami hargai agar dapat memperbaiki kelompongan dan kelemahan diri sedia ada.
Akhir bicara , selamat membaca dan marilah kia bersama-sama berganding bahu memartabatkan lagi budaya Malaysia di persada dunia.

Banyak keluk ke penarik
Keluk tumbuh pohon kuini
Nan elok bawalah balik
Nan tak elok tinggallah sini









1 comment :

Mini Rage Face Blush Smiley