Budaya yang berasal dari negara Barat sebenarnya merupakan duri dalam daging yang kini semakin mengancam jiwa remaja di Malaysia pada masa kini. Bukan itu sahaja, ia juga mampu merapuhkan adat berbudi bahasa yang merupakan pegangan hidup masyarakat Malaysia pada suatu masa dahulu. Penularan budaya sebegini dalam kalangan remaja yang terpengaruh dengan keseronokan duniawi dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutamanya remaja di bandar besar. Hedonisme menular dengan pantas sekali tanpa disedari oleh anak-anak muda disebabkan kemunculan pusat-pusat hiburan haram dan kebebasan media yang tidak terkawal. Keadaan bertambah parah apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Hal ni termasuk penggunaan pil Eecstasy yang banyak digunakan oleh remaja di bandar mahupun di luar bandar. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatif di kalangan remaja yang terpengaruh dengan sikap hedonisme.
Budaya Hedonisme dibawa masuk dari budaya barat dan seterusnya memudaratkan budaya masyarakat tempatan di Malaysia. Faktor gejala ini timbul akibat kurang didikan agama. gejala negatif dalam kalangan belia terutama remaja Islam. Didikan agama yang dimaksudkan merupakan pendidikan yang dapat membentuk ketahanan dalaman generasi muda untuk mencegah sebarang gejala negatif yang disogokkan kepada mereka.
0 comments :
Post a Comment