Wednesday, 10 September 2014

Cabaran Bahasa Dalam Komunikasi Silang Budaya

Dalam satu kursus, seorang penceramah telah mengatakan, "Now, everyone of you have to pull up your sock." Apa yang beliau maksudkan adalah meminta pendengarnya bersedia, namun perkara yang berlaku amat melucukan. ungkapan beliau telah ditafsirkan secara bulat-bulat oleh beberapa orang peserta dalam kursus tersebut lantaran mereka menarik stokin masing-masing. Tentu saja penceramah tersebut terkejut dengan kejadian itu. Kesulitan yang berkaitan dengan faktor bahasa telah banyak ditegaskan oleh mereka yang mengkaji permasalahan dalam komunikasi silang budaya. Kes yang telah dinyatakan di atas cuma salah satu daripada banyak kes yang berlaku.

Para pembaca sekalian mungkin masih ingat tentang kes pembantu rumah Indonesia yang dihadapkan di Mahkamah Saudi atas kesalahan membunuh majikannya seorang yang berbangsa Arab. Kemungkinan besar sahaja peristiwa pembunuhan ini berkait rapat dengan masalah komunikasi silang budaya dan pertembungan budaya. Cara komunikasi majikannya yang agresif dan kasar serta sikap yang ditunjukkan oleh terhadap wanita dan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh pembantu rumah mungkin telah mencetuskan kemarahan yang amat sehinggakan pembantu rumah tersebut mengambil tindakan drastik dan tidak wajar. Apakah dari perspektif pembantu rumah itu beliau melakukan sedemikian kerana ingin menjaga maruah dan kehormatan diri?. Perbezaan bahasa dan pertentangan cara komunikasi dan nilai budaya boleh juga menjadi punca utama kepada kejadian tersebut.

Keratan Akhbar daripada MyMetro
Perlakuan majikannya ditafsirkan sebagai menindas dan mencabul kehormatan, namun bagi orang Arab tersebut perlakuannya adalah untuk menunjukkan bahawa dialah 'boss' dan itulah gaya komunikasi mereka. Seringkali masalah dalam komunikasi silang budaya asalnya merupakan perkara kecil namun boleh membawa kepada perkara yang tidak diingini.

 Satu lagi contoh boleh dilihat dalam situasi seorang pelajar Melayu yang memberikan hadiah kepada rakan sekelasnya yang sama-sama menuntut di salah sebuah sekolah di USA. Pelajar Melayu (pemberi) tersebut berasa malu dan tersinggung apabila rakannya ( penerima ) membuka hadiah tersebut saat itu juga di hadapannya. Bagi rakannya yang merupakan warga Amerika, tindakannya adalah sebagai menunjukkan bahawa beliau menghormati pemberian daripada pelajar Melayu tersebut. Keadaan yang sama juga akan berlaku sekiranya pelajar Amerika tersebut menghadiahkan sesuatu kepada pelajar Melayu suatu barang dan pelajar Melayu menerima hadiah itu dengan hanya mengucapkan terima kasih (hadiah itu disimpan dengan niat akan dibuka dirumah nanti). Pelajar Amerika akan menganggap tindakan tersebut sebagai satu respon dingin dan membuat kesimpulan bahawa pelajar Melayu itu tidak menyukai pemberiannya. Anggapan sedemikian tentunya boleh merenggangkan hubungan persahabatanyang terjalin antara pelajar Melayu dan pelajar Amerika.

Tentunya permasalahan ini perlu diatasi dan ada strategi-strategi yang boleh diikuti untuk menenangkan situasi yang mungkin sahaja bakal timbul sekiranya tidak diselesaikan secepat mungkin. Teruskan membaca pada entri seterusnya!! Salam hormat :)

Wednesday, 3 September 2014

Pergaulan Bebas kian Menjadi-jadi!


Terdapat banyak punca yang menjadi penyebab masalah pergaulan bebas dalam kalangan anak muda di negara kita. Antaranya adalah terpengaruh daripada cerita atau filem Hollywood yang tidak sesuai ditonton oleh remaja bawah umur 18 tahun. 




Kebanyakan konsep cerita yang ditayangkan ini mamaparkan aksi-aksi yang kurang sopan dan tidak beradab antara lelaki dan perempuan, seperti melakukan maksiat. Dalam konteks ini, masyarakat khususnya  remaja yang menonton tayangan tersebut akan mudah terpengaruh dan ingin mencubanya.
Seterusnya, masalah pergaulan bebas ini sering menular disebabkan pengaruh daripada anak-anak muda yang pernah menuntut di perantauan, sebahagian daripada mereka mengasimilasikan budaya Barat dan mengaplikasikannya ketika pulang ke tanah air. Mereka bergaul bebas tanpa mengira jantina, dan telah menyebabkan generasi muda yang lain terpengaruh serta memberi impak buruk seperti terjerumus ke lembah penzinaan dan seks bebas. 



Keadaan seperti inilah yang boleh menyebabkan berlaku kes pembuangan bayi serta masalah keruntuhan akhlak generasi muda hari ini.


Makanan dan Minuman tradisional semakin pupus!



Pengaruh makanan dan minuman barat semakin menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat kita sehingga ia menjadikan masyarakat seolah-olah lupa terhadap makanan dan minuman yang menjadi identiti keperibadian bangsa Malaysia. 







Pengaruh makanan dan minuman barat terlalu kuat dan ianya telah menguasai mentaliti masyarakat kita. Walaupun makanan dan minuman barat tidak bercanggah dengan agama, tetapi secara tidak langsung ia telah berjaya mengikis jati diri belia remaja secara perlahan-lahan tanpa disedari. Contohnya isu makanan, walaupun ia merupakan isu yang tidak terlalu dominan, tetapi dominasi makanan segera telah mengabaikan makanan tradisi masyarakat hari kini. Belia remaja kita lebih mengenal makanan dan minuman keluaran barat daripada masakan tradisi yang turun-temurun masyarakat dahulu. Makanan Barat yang menjadi kegilaan masyarakat boleh dijumpai di mana-mana bandar seperti Mc DonaldKFC, Pizza Hurt dan lain-lain manakala minuman seperti Pepsi, Coca-Cola, Seven-Up dan lain-lain. 

Belia remaja merasakan pengambilan makanan dan minuman segera merupakan satu lambang amalan hidup yang moden. Sebenarnya, tanpa kita sedari ia akan menyebabkan makanan tradisi semakin pupus dan belia remaja kehilangan identiti keperibadian bangsa sendiri.


Fesyen Barat lebih Glamor?


Fesyen barat dikaitkan dengan meniru trend orang Barat terutamanya dari segi pemakaian. Misalnya, menggunakan pakaian yang terdedah atau tidak menutup aurat yang boleh menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan masyarakat. 





Fesyan barat sememangnya memaparkan imej yang tidak senonoh dan seksi. Salah satu faktor seseorang mengasimilasikan  fesyen-fesyen barat adalah golongan yang mengamalkan gaya hidup moden dan bebas.Gaya hidup moden biasanya diamalkan di bandar bagi sesetengah golongan komuniti. Meraka lebih suka mengikut trend yang terkini selaras dengan kepesatan arus pemodenan dan globalisasi. Bagi mereka, pakaian tradisional dianggap lapuk di telan zaman dan ianya terlalu bersifat feudal.  
Seseorang yang meniru ciri-ciri pemakaian barat secara tidak langsung dipandang rendah oleh masyarakat. Hal ini disebabkan oleh imej dan corak penggayaan yang seksi, terdedah dan terlalu menjolok mata tidak dapat diterima oleh masyarakat. Golongan yang meniru budaya pemakaian barat dianggap tidak mempunyai identiti yang beretika dan bermaruah.




Mini Rage Face Blush Smiley